Salam semua. Hari ini saya nak bercerita mengenai khasiat kunyit. Saya bermaksud di sini ialah kunyit hidup.
Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan ‘gas’ atau angi dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.
Kunyit amat sesuai ditanam disekeliling rumah dan jika rajin boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Di Malaysia, kunyit yang digunakan banyak diimport dari negara luar. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup. Gunakan 1 inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kita.
Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya mempunyai peranan tersendiri. Daunnya membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Apalagi buahnya yang mempunyai seribu satu khasiat selain untuk penyedap masakan. Bagi masyarakat India, kunyit dijadikan bahan utama untuk rempah kari dan piccalilli (acar pedas). Di samping menjadi pewarna dan perasa di dalam masakan ia juga menjadi sebahagian perubatan tradisional.
Setiap masyarakat mempunyai kepercayaannya tersendiri mengenai khasiat kunyit dalam kehidupan seharian. Peranan kunyit dalam perubatan telah dikenal pasti sejak 3000 tahun lalu.
Bagi masyarakat Melayu kunyit juga dimunum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.
Dalam ilmu perubatan Hindu kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Di samping itu ia juga digunakan sebagai barangan kosmetik untuk mewarnakan kulit.
Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati, membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non steroidal.

